Program Pertukaran Jarum Dan Alat Suntikan (NSEP)

PROGRAM PERTUKARAN JARUM DAN ALAT SUNTIKAN (NSEP)

Program ini merupakan satu inisiatif untuk mengawal wabak HIV melalui aktiviti penggunaan dadah secara alat suntikan. Program Pengurangan Kemudaratan yang diperkenalkan oleh kerajaan ini merangkumi 2 komponen penting iaitu:

  1. Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan(NSEP) telah dijalankan oleh NGO lebih kurang 17 tapak NSEP
  2. Program Rawatan Gantian Methadone(MMT) telah dijalankan oleh Hospital dan Klinik Kesihatan Kerajaan dan swasta di keseluruhan negara

Kedua-dua program ini hanya berkesan jika dilaksanakan dengan aktiviti-aktiviti lain pakej perkhidmatan Program Pengurangan Kemudaratan seperti berikut:

  1. Informasi, pendidikan dan berkomunikasi mengenai jangkitan HIV/AIDS, Hepatitis C dan B, Penyakit Kelamin (STD) dan bahaya penagihan dadah.
  2. Kaunseling berkaitan pengurangan kemudaratan, masalah psiko-sosial, kerohanian dan perubahan tingkahlaku.
  3. Saringan HIV, STD dan Tuberkulosis(TB)
  4. Rawatan Anti Retroviral dan penjagaan kesihatan
  5. Khidmat sokong bantu, rujukan dan tindakan susulan

Objektif:

  1. Untuk membantu meminimakan kadar jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan komuniti pengguna dadah.
  2. Untuk menyediakan penjagaan, sokongan dan memperbaiki kualiti hidup Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA).
  3. Untuk membantu mengurangkan diskriminasi dalam komuniti yang disebabkan oleh sikap tidak ambil tahu dan kurang informasi.
  4. Untuk menyediakan latihan, pendidikan dan program kaunseling berkenaan HIV/AIDS, Pengurangan Kemudaratan dan praktis seks secara selamat.
  5. Untuk membangunkan pusat sumber yang menyediakan informasi berkenaan HIV/AIDS dan Pengurangan Kemudaratan.
  6. Untuk berkhidmat sebagai pemangkin dalam aktiviti-aktiviti berkaitan HIV/AIDS dan Pengurangan Kemudaratan dan menyediakan saluran antara pendidik, pemimpin dalam komuniti, NGO-NGO dan beberapa agensi kerajaan.


Ketika ini, Kumpulan Bertindak dan Penyelidikan AIDS telah diberi mandat untuk mengendalikan operasi Program Pertukaran Jarum dan Picagari di Pulau Pinang, iaitu dibiayai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2006.  Pada tahun 2010, AARG sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan operasi di Perak dengan pembiayaan Global Fund.