HIV/AIDS HOTLINE

HIV/AIDS HOTLINE

Kumpulan Bertindak dan Penyelidikan AIDS (AARG) telah menjalankan perkhidmatan kaunseling berkenaan HIV/AIDS melalui telefon secara berterusan kepada komuniti di Pulau Pinang atau seluruh Malaysia. Talian hotline HIV/AIDS dijadualkan dari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali pada cuti am dan umum. Talian ini dikendalikan oleh kaunselor yang terlatih yang terdiri daripada ahli-ahli AARG, pelajar USM dan juga sukarelawan. Talian hotline HIV/AIDS menjawab beberapa persoalan dan keraguan berkenaan dengan isu HIV/AIDS. Ia juga menyediakan perkhidmatan kaunseling dan rujukan kepada individu yang berhadapan dengan masalah emosi, psikologikal, sosial dan ekonomi berkaitan dengan HIV/AIDS. Melalui perkhidmatan ini, adalah diharapkan, sikap tidak ambil tahu dan juga perasaan takut masyarakat terhadap HIV/AIDS dapat diminimakan.

Objektif:

  1. Untuk menyediakan kaunseling dan informasi berkenaan HIV/AIDS.
  2. Untuk menyediakan informasi berkenaan HIV/AIDS.
  3. Untuk menyediakan rujukan kepada individu yang memerlukan.